Tuesday, October 28, 2014

Kertas Kerja 'I Am Animator'




                      

KERTAS KERJA

PROGRAM 'I AM ANIMATOR'


ANJURAN KELAB SENI VISUAL

SK SERI ANGGERIK


DENGAN KERJASAMA



              

              







1.0        PENGENALAN


Kelab Seni Visual adalah salah satu matapelajaran yang diajar di sekolah seperti mana yang dikehendaki oleh Kementerian Pendidikan. Penubuhannya adalah untuk membincang, mengenalpasti bakat yang ada pada murid dan menyelesaikan masalah-masalah yang timbul dalam pembelajaran dan pengajaran Pendidikan Seni Visual ini. Di samping itu juga, penubuhan kelab ini adalah untuk mendedahkan penyemakan semula kepada guru-guru berkaitan dengan pembelajaran dan pengajaran matapelajaran ini.



2.0        MATLAMAT


Program I AM ANIMATOR menjurus kepada matlamat memperkenalkan asas dalam bidang Animasi. Program ini  menggabungkan pengalaman Kepakaran tenaga pengajar dari Kolej Komuniti untuk berkongsi ilmu dengan pelajar sekolah rendah. Program ini dilaksanakan untuk memberi pengenalan dan maklumat asas bagi menarik minat murid SK Seri Anggerik terhadap bidang animasi. Minat dalam bidang animasi perlu dipupuk dari sekolah rendah lagi supaya kemahiran animasi dapat dikenalpasti dan dididik dari peringkat awal.

Bridget Sukarelawan (BRISK) di Kolej Komuniti Selayang telah ditubuhkan untuk memupuk semangat sukarelawan di kalangan pelajar Kolej Komuniti. Kerjasama dengan IM4U telah menjadikan lebih ramai bergerak aktif dalam program sukarelawan. Seiiring dengan itu, semangat kerjasama dan sukarelawan perlu dipupuk sejak kecil. Dengan itu, menerusi program sukarelawan ini, ahli BRISK dari Program Animasi akan bekerjasama mencantikkan ruangan dinding di sekolah yang telah dikenalpasti dengan menghasilkan lukisan dinding bersama pelajar sekolah. Dengan kerjasama ini, kemahiran dapat dipindahkan dan semangat kerjasama antara pelajar dapat dipupuk.


 Syarikat NIBIRU PICTURES adalah sebuah syarikat animasi 3D terkemuka di Malaysia. Syarikat telah menghasilkan produk produk animasi yang telah membanggakan Malaysia di peringkat antarabangsa. Syarikat berminat untuk berkongsi pengalaman dan maklumat berkaitan industri animasi kepada pelajar sekolah. Sekaligus sesi ini menjadi sesi promosi untuk produk animasi syarikat.


3.0     KERANGKA PROGRAM

I AM ANIMATOR FOR KIDS

Program yang dirangka adalah:


1.    Bengkel melukis dan mewarna Animasi untuk murid

     Tahap 2 (Darjah 4-6)

     Dijalankan oleh: Guru Kelab Seni dan Ketua Jabatan Seni Kolej Komuniti.


WALL PAINTING VOLUNTERING ART

 Beberapa orang murid kolej komuniti,murid sksa dan guru bekerjasama untuk menghasilkan wall painting berkonsep volunterism.



Kaedah mejalankan program :

Kerjasama dijalankan dengan kolaborasi Kolej Komuniti Selayang, IM4U.


4.0     JUSTIFIKASI/OBJEKTIF

          Objektif utama program ini diadakan adalah:

4.1     Melahirkan murid yang mempunyai  berpengetahuan serta seimbang dari segi akademik, ko-kurikulum, dan kesenian.

4.2  Mengembangkan asas kesenian animasi melalui usaha memupuk, dan  membimbing dam informasi terkini.

4.3     Menggalak dan meluaskan pendidikan seni asas animasi.


4.4     Menyebarkan maklumat asas seni animasi kepada murid sekolah rendah.




5.0     BADAN/ORGANISASI YANG TERLIBAT

Bridget Sukarelawan (BRISK) di Kolej Komuniti Selayang

Kolej Komuniti Selayang.

Syarikat NIBIRU PICTURES

IM4U


6.0     TEMPAT

SK Seri Anggerik


7.0     ANJURAN

SK Seri Anggerik


8.0     SASARAN PESERTA

Murid -murid  SK Seri Anggerik



9.0     TEMPOH PROGRAM

5 November 2014





10.0   TENTATIF PROGRAM



Tarikh/Hari
Aktiviti
Masa
5 November 2014
(Rabu)
Tiba di lokasi Wall Painting
9 pagi – 1 petang
Wall Painting Volunterism
Animation Talk oleh Syarikat Nibiru Sdn Bhd
Bengkel melukis dan mewarna Animasi
Majlis penutup
Sesi penyampaian sijil, hadiah dan
Cenderahati







11.0   KEWANGAN


Keperluan Program mengikut aktiviti yang dijalankan.


BIL
KEPERLUAN BAHAN /PERALATAN
KOS SEUNIT
/JUMLAH
SUMBER
1.
BANNER
CENDERAHATI
RM200
RM50 X 4
RM200
PERUNTUKKAN
PANITIA KELAB
SENI VISUAL
2.
MAKAN
RM 4 X 40
RM 160
3.
4.
MASKOT
PERALATAN & CAT PELAKA
TAJAAN SYARIKAT NIBIRU PICTURES
TAJAAN IM4U
5.
HADIAH PEMENANG TEMPAT
i)   PERTAMA
ii)   KEDUA
iii)  KETIGA
RM 6.00 x 15
RM 5.00 x 15
RM 4.00 x 15
RM 225
TAJAAN SEKOLAH SERI ANGGERIK
JUMLAH
RM785





















Program yang dirangka adalah:


1.   Bengkel melukis dan mewarna Animasi untuk pelajar  sekolah rendah.


Pengajar : Animator dari Nibiru Pictures

Jangkamasa : 3 Jam

Topik : Melukis dan Mewarna untuk Animasi.


2.   Pertandingan melukis dan mewarna Animasi untuk pelajar sekolah rendah. Tahap 1 (Darjah 1-3) dan Tahap 2 (Darjah 4-6)


Pertandingan ini dijalankan sepanjang waktu Pendidikan Seni Visual di dalam Kelas setiap Tahap.

Pertandingan dijalankan untuk semua peserta.

Hadiah dan Sijil disediakan untuk peserta yang berjaya.



2.WALL PAINTING VOLUNTERING ART

Kerjasama antara pelajar kolej komuniti, murid sekolah dan guru untuk menghasilkan wall painting berkonsep volunterism.


3.ANIMATION TALK DARI SYARIKAT NIBIRU SDN BHD

Taklimat, persembahan animasi dan mascot dari syarikat NIBIRU SDN BHD



12.0   PENUTUP

Diharapkan program ini dapat memberi pendedahan ilmu asas animasi kepada murid-murid dan pembudayaan ilmu dapat dibentuk. Jalinan usahasama yang terbentuk antara Kelab -kelab, persatuan, Institusi Pengajian Tinggi, dan Industri Animasi dapat meningkatkan kualiti pendidikan di Malaysia




Disediakan oleh,


NURHAMIMI BINTI ABDUL GHANI
GURU PENASIHAT
KELAB SENI VISUAL
SK SERI ANGGERIK

No comments: