PBPPP penilaian
baharu menggantikan PTK. Apakah
PBPPP - Penilaian Bersepadu Pegawai
Perkhidmatan Pendidikan ialah kaedah penilaian baru yang menggantikan PTK (Penilaian Tahap Kecekapan). Penilaian
baru PBPPP lebih memfokus kepada elemen pembangunan kompetensiPegawai Perkhidmatan Pendidikan berasaskan gred dan jawatan serta
mengambil kira keunikan pelbagai skim perkhidmatan. Selain itu ketua perkhidmatan atau ketua jabatan
diberi fleksibiliti dalam menentukan kaedah
penilaian di dalam jabatan masing-masing
berdasarkan garis panduan yang sedang disediakan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) adalah satu kaedah penilaian yang
menilai kompetensi dan potensi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP)
berdasarkan Konsep Tugas dan Tempat Bertugas (Job-Based and Work Place). Proses PBPPP
adalah mengikut standard prestasi yang ditetapkan selaras dengan Program Transformasi Kerajaan GTP 2.0 dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 (PPPM).
Penilaian Kompetensi dan Penilaian Keberhasilan
Penilaian PBPPP akan
mengambilkira pada Penilaian
Kompetensi dan Penilaian Keberhasilanyang mana ia adalah berbeza bergantung kepada
bidang tugas masing-masing. Namun secara umumnya Penilaian PBPPP ini merujuk Elimen Penilaian Kompetensi dan keberhasilan berikut
Elimen Penilaian Kompetensi PBPPP
·
Nilai profesional
·
Pengurusan aktiviti
·
Sumbangan
·
Kemahiran profesional PdP
Elimen Penilaian Keberhasilan PBPPP
·
Keberhasilan PdP
·
Keberhasilan kaunseling
·
Keberhasilan kejurulatihan
Profil PPB Individu (File PPPB)
Pada tahun 2015
setiap guru diarahkan menyediakan satu Fail untuk Profil PPB Individu (File
PPPB).Profil PPB Individu Guru dalam satu File itu
membawa maksud, Profil Pembangunan Profesional Berterusan Guru yang
lengkap dalam sebuah File.
Semasa merancang Kaedah Penilaian Bersepadu Pegawai
Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) menggantikan PTK, Mungkin mereka tidak
menyangka yang proses penilaian itu akan membebankan diri mereka sendiri. Kami
para guru sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan yang akan mereka
lakukan secara tiba-tiba itu. Semoga Allah merahmati warga guru.
— Hootoh
Sepertimana biasa, demi memudahkan urusan
kerja-kerja mereka. Bebanan tersebut akan dialihkan kepada orang-orang bawahan
mereka. Maka arahan diturunkan kepada semua guru untuk menyediakanProfil PPB Individu Guru bagi memudahkan proses penilaian yang akan dilakukan
ketua perkhidmatan atau ketua jabatan. Apa
yang Perlu Ada dalam Profil PPB Individu Guru?
Item dan Isi Kandungan Profil PPB Individu Guru
Bahagian Kulit Depan
Fail Profil PPB Individu
Nama:
Jawatan:
Tempat Bertugas:
Bahagian Isi Fail
A. Peranan Dan Tanggungjawab
2. Falsafah Pendidikan Negara
3. Skop Kerja
4. Sasaran Kerja Tahunan
B. Pelan Pembangunan Profesional
1. Matlamat Pengajaran/Kepimpinan Masa Hadapan
2. Cadangan Aktiviti Untuk Penambahbaikan
3. Penyertaan Dalam Aktiviti PPB
C. Sumbangan Kepada Organisasi
1. Senarai Tugas Dan Tanggungjawab
2. Sumbangan Kepada Kpm/Jpn/Ppd
3. Penulisan/Penerbitan
D. Bahan Bukti Dalam
PdP/Kepimpinan
1. Sukatan Mata Pelajaran/Rancangan Mengajar Dan
Penilaian/Perancangan Strategik
2. Contoh Hasil Kerja
E. Anugerah /Pencapaian
1. Anugerah Perkhidmatan
2. Anugerah Dalam Pdp/Kepimpinan/Lain-Lain
3. Jemputan Untuk Konsultasi, Bengkel, Penulisan
Dan Lain-Lain
F. Penilaian PdP/Kepimpinan
1. Bahan Bukti Keberkesanan
Pengajaran/Kepimpinan
2. Rakaman Video Pengajaran/Kepimpinan
3. Maklum Balas Dan Penilaian Daripada
Murid/Ketua Jabatan
No comments:
Post a Comment